Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria

PENGENALAN

Produk ini mempunyai dua jenis pembungkusan, iaitu dalam kotak besar dan peket kecil. Dalam satu kotak besar mengandungi 12 peket kecil. Bagi setiap peket kecil mengandungi 20 kapsul sofgel. Ini bermakna, dalam setiap kotak besar mengandungi 240 kapsul sofgel.

Didatangkan khas dari negara Syria yang mana ia melalui proses perahan sejuk. Perahan sejuk (cold press) sangat penting di dalam menjaga nutrisi yang terkandung di dalam minyak zaitun.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tirmizi)

Zaitun atau lebih dikenali di dalam istilah saintifik sebagai Oleaeurofa adalah tumbuhan yang beriklim Mediterranean. Pokoknya setinggi tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Buah Zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

KHASIAT

  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
  • Mengelak pembentukan batu hempedu
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menstabilkan asid lemak

CARA PENGGUNAAN

Dos yang dicadangkan ialah 2 biji kapsul setiap hari selepas makan. Sebaiknya diambil sebelum tidur

HARGA JUALAN

RM 10.00 / paket (Semenanjung)

RM 10.50 / paket (Sabah&Sarawak)

*Setiap paket mengandungi 20 biji kapsul

PAKEJ KELUARGA

RM 120 / 1 Kotak (12 paket)

*Setiap kotak mengandungi 12 paket